Sunday 4 May 2014


LATAR BELAKANG SK WANAG , BELURAN, SABAH

         S.K. Bawang, Beluran dibuka pada Januari 1967. Nama asal S.K. Bawang, Beluran adalah S.K. Bawang Tangkarason. Nama sekolah ini adalah bersempena dengan nama sungai yang berhampiran iaitu Sungai Bawang. Oleh kerana airnya berwarna merah, maka dalam bahasa Rungus air yang merah itu dikaitkan dengan warna sejenis tumbuhan iaitu bawang merah.Segala peralatan dan perkakasan bangunan tersebut adalah berasaskan papan sepenuhnya kecuali tiangnya yang menggunakan tiang kayu belian.Bangunan sekolah ini juga hanya mempunyai sebuah bilik darjah sahaja.
 
         Memandangkan bilangan guru pada masa itu hanya dua orang sahaja, maka rumah guru yang di bina hanya dua bilik sahaja.Rumah guru tersebut dibina atas usaha gigih ketua - ketua kampung dari kedua - dua buah kampung tersebut dengan mengajukan permohonan kepada wakil - wakil rakyat dan juga hasil gotong - royong daripada penduduk kampung.

        Bilangan murid yang belajar pada masa itu adalah seramai 30 orang sahaja.Pelajar - pelajar tersebut terdiri daripada dua suku kaum iaitu suku Rungus dan suku Kimaragang.Mereka datang daripada Kg. Bawang dan Kg. Padang Tangkarason.

        Pada tahun 1967 sehingga tahun 2004, laluan perhubungan yang digunakan adalah jalan sungai dan laut dengan menggunakan bot dan juga sampan kerana ketiadaan laluan darat. Masa perjalanan menggunakan kapal memakan masa hampir 12 jam dari sekolah ke Beluran.

        Kini S.K. Bawang telah mempunyai 6 bilik darjah dan 2 blok rumah. Prasarana yang cukup dan padang yang cantik menjadikan S.K. Bawang sering menjadi tumpuan aktiviti sukan untuk Zon Paitan.


MISI SEKOLAH

                             Sekolah Kebangsaan Bawang, Beluran berazam mencapai misi untuk :
  • Sentiasa berusaha memimpin, mengurus dan mentadbir dengan cekap dan berkesan.
  • Kesungguhan dalam menghasilkan murid yang cemerlang dan gemilang dalam kurikulum.
  • Trampilkan sahsiah murid yang mulia, minat untuk belajar serta berusaha untuk berjaya.
  • Ko-kurikulum pemangkin minda-melahirkan murid yang berpotensi tinggi dan hebat dalam ko-kurikulum.
  • Kemudahan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria untuk memantapkan pembelajaran.
  • Kekalkan hubungan luar yang harmonis ke arah kecemerlangan akademik

Monday 28 April 2014

SK BAWANG 2014

                           Waktu rehat: Murid - murid makan di kantin sekolah dengan penuh berselera

                    Dengan penuh harapan dan semangat, murid - murid datang ke sekolah................

                            Makan sambil santai - santai di atas podium bersama kawan -kawan
                                    Pemandangan padang sekolah yang menghijau dari bilik guru

                            Segak dan bersemangat dengan uniform di perhimpunan pagi setiap Isnin

                                                          Loceng sekolah..... Masa itu EMAS.....